Berdasarkan gambar di atas, cuba senaraikan:
a) Apakah item yang dimilikinya? (What it has?)
b) Bagaimana ia memperolehinya? (Where it get from?)
Dua persoalan tersebut adalah ELEMEN dalam sesebuah perniagaan..
Berikut adalah ENAM ELEMEN utama dalam perniagaan.
Elemen tersebut perlulah difahami konsepnya dan contoh-contohnya... Ia adalah perkara paling asas yang perlu diketahui dalam perakaunan..
Mari kita cuba fahami elemen tersebut berdasarkan kisah Dr. Steven..
Assets ialah harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan. Ia terbahagi kepada dua iaitu:
a) Non-currents Assets (Aset Bukan Semasa) - yang digunakan LEBIH daripada satu tempoh perakaunan, digunakan untuk melancarkan perjalanan perniagaan dan sukar dijual semula untuk mendapatkan tunai.
b) Current Assets (Aset Semasa) - yang berada dalam perniagaan KURANG daripada satu tempoh perakaunan dan mudah ditukar kepada tunai
Liabilities adalah hutang perniagaan. Ia juga terbahagi kepada dua jenis iaitu:
a) Non-current Liabilities (Hutang Jangka Panjang) - hutang yang boleh dilangsaikan dalam masa beberapa tempoh perakaunan (LEBIH daripada satu tempoh perakaunan)
b) Current Liabilities (Hutang Jangka Pendek) - hutang yang perlu diselesaikan segera dalam masa SATU tempah perakaunan
Revenue adalah hasil yang diperolehi oleh perniagaan.














